Wednesday, March 11, 2009

Introduction

Assalamualaikum w.b.t..

Melihat kepada senario terkini, blog menjadi trend sebagai medium untuk menyampaikan sebarang informasi mahupun pendapat. Namun begitu, blog juga tidak ketinggalan menjadi medium pemasaran atau e-marketing kepada mana-mana individu mahupun organisasi untuk memperkenalkan produk atau servis yang ditawarkan.

The Harmony Kurung diperkenalkan untuk memasarkan produk Baju Kurung dan Baju Kebaya disamping berkongsi idea bersama penggemar-penggemar fesyen baju kurung dan kebaya di luar sana melalui medium blog. Kami akan sentiasa memaparkan fesyen serta maklumat terkini Baju Kurung dan kebaya keluaran The Harmony Kurung. Untuk tajuk seterusnya kami akan berkongsi latar belakang The Harmony Kurung dengan lebih lanjut lagi.

Harapan kami agar fesyen Baju Kurung dan Kebaya akan terus mendapat tempat dihati warga Malaysia mahupun luar negara. Kami mengalu-alukan sebarang komen dan idea yang boleh membantu kami menghasilkan dan meningkatkan lagi kualiti rekaan kami.

Salam Perkenalan dari kami!

No comments:

Post a Comment